Pada 11 Mac 2009, ahli JKP Zon 16 telah melaporkan kepada MPSJ mengenai sebaris lampu jalan di Jalan Wawasan 2/3 (iaitu jalan diantara perumahan Wawasan 1 dengan Wawasan 2 sehingga Kenanga Apartment) yang tidak menyala pada waktu malam sejak seminggu sebelumnya.
Sehubungan dengan itu, ahli JKP Zon 16 menggesa MPSJ menghantar kontraktor membuat pemeriksaan dan membaikinya dengan segera supaya tidak membahayakan penduduk yang tinggal di sini kerana kegelapan itu mungkin mengakibatkan kemalangan dan kes-kes jenayah.
Pada 13 Mac 2009, kontraktor lampu jalan telah memperbaiki lampu jalan tersebut dan didapati bernyala semula pada waktu malam itu.
Terima kasih kepada ahli JKP berkenaan dan pihak MPSJ.