Saturday, October 25, 2008

Persiaran Lake Edge : Aduan Jalan Kotor



Penduduk Lake Edge mengadu bahawa lori-lori berat yang berulang-alik dengan pantas melalui Persiaran Lake Edge telah mengakibatkan jalan kotor dan berdebu.

Oleh demikian, ahli JKP dan ahli Majlis pergi meninjau sepanjang jalan tersebut. Menyusuri itu, ahli Majlis telah meminta pihak MPSJ menyiasat aduan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Pada 17 October 2008, MPSJ telah memberi amaran beserta kompaun ke atas pihak tuanpunya lori-lori berat atas kegagalan untuk memastikan kebersihan Jalan Persiaran Lake Edge (Jalan
Perindustrian Puchong).

Syabas kepada MPSJ dan ahli JKP yang bekerja keras mengikuti kes ini.