Thursday, July 2, 2009

Bonggol Jalan Siap Dibina Di Jalan Wawasan 5/3





Ahli JKP 16 melaporkan bahawa bonggol jalan telah siap dibina di Jalan Wawasan 5/3 berdekatan dengan sebuah Sekolah Agama.

Ini adalah kerana terdapat ramai kanak-kanak yang melintasi jalan yang sibuk ini berulang-alik ke Sekolah Agama. Dengan binanya bonggol jalan ini, adalah diharap pemandu kenderaan akan lebih berwaspada dan memandu dengan perlahan.

Terima kasih kepada MPSJ dan ahli JKP 16 yang mengikuti kes ini.