Wednesday, April 15, 2009

Pokok Jatuh di Kawasan PBP & BPP telah Dibersihkan



Pada 27 Mac 2009, ahli JKP Zon 16 telah memaklumkan kepada MPSJ bahawa musim hujan lebat baru-baru ini telah menyebabkan banyak pokok patah dan jatuh di kawasan Wawasan 1, 2 & Bandar Puteri 7.

Tinjauan dari ahli JKP Zon 16 mendapati pokok-pokok yang patah dan jatuh adalah di :
1) Kawasan lapang di Jalan Puteri 7/1, bersebelahan Columbia Asia Hospital.
2) Jalan luar Sri Begonia Apartment dan Sri Camelia Apartment
3) Jalan Persiaran Puteri 2, bersebelahan Acacia Puteri 7
4) Jalan Wawasan 2/3 atau berdekatan Akasia Apartment, Kenanga Apartment
5) Kawasan permainan Acacia, Puteri 7
6) Belakang rumah Jalan Puteri 7/6 (Acacia Puteri 7)

Dengan kerjasama pegawai MPSJ dan JKP 16 yang memantau keaadan di tempat masalah, akhirnya kontraktor telah mencantas dan mengutip semua pokok yang tumbang di dalam beberapa hari.

JKP 16 mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan bantuan MPSJ dalam menyelesaikan masalah ini.