Friday, April 3, 2009

Flat Kos Rendah Jalan Wawasan 5/3 : Pemotongan Dahan Pokok

Pada 2 Februari 2009, MPSJ telah menghantar kontraktor untuk mencatas dahan-dahan pokok "pukul lima" (atau dikenali sebagai "rain tree" dalam Bahasa Inggeris) di flat kos rendah Jalan Wawasan 5/3.
Ini adalah kerana atas permintaan ahli JKP Zon 16 dan penghuni di sana yang risau dahan-dahan pokok ini bertumbuh terlalu dekat dengan bangunan flat. Selain daripada itu, apabila waktu hujan ribut dan angin kencang, dahan-dahan pokok mungkin jatuh terkena bangunan flat dan penghuni-penghuni.

Dengan ini JKP Zon 16 ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan MPSJ.
Gambar berikutnya menunjukkan dahan pokok dicatas.

Keadaan sebelum:






Keadaan selepas: