
Pada Apil 29, ahli JKP telah meminta bantuan MPSJ untuk memanggil kontraktor mencantas pokok buluh yang tumbuh tinggi-tinggi belaka. Di samping itu, sebahagian daripada batang buluh telah tumbuh sehingga mencecahi tengah jalanraya dan membahayakan penguna jalanraya.
Lokasi masalah : Di Tepi Jalan Persiaran Wawasan Di Hadapan Restoran Steamboat Wawasan 4, Pusat Bandar Puchong. Lokasi masalah ini adalah juga terletak di hadapan kedai-kedai satu tingkat di Wawasan 4, Pusat Bandar Puchong.
Pada 1 Mei, kontraktor telah mencantas pokok buluh itu. Pada 2 Mei, pihak kontraktor telah menghantar orang untuk membersihkan pokok buluh yang dipotong sehari sebelumnya.
Selepas:
