Sunday, April 26, 2009

IOI Privilege Card Launching Held At Puteri Mart






The IOI Privilege Card was launched at an event held at the Puteri Mart, Bandar Puteri Puchong on 19 April 2009.

Pictures and reporting courtesy of Acacia Puteri RA friends.

More details about IOI Privilege Card can be found at http://www.myioi.com/privilege/

Saturday, April 25, 2009

Repaired : Damaged Road & Potholes at Wawasan 4 Shops





On 20th April, a Wawasan 4 JKP member informed us that the damaged road and potholes in front of Wawasan 4 shops have been repaired. We would like to thank the JKP member, PA to the councilor and MPSJ for following-up and getting the work done.

Saturday, April 18, 2009

Damaged Road & Potholes In Wawasan 3 Repaired





We have been informed that on April 11 2009, the damaged road and potholes around Wawasan 3 especially at road 2, 3, 7 and 11 have been repaired by MPSJ contractor with the close follow-up by JKP. We would like to say thanks to Mr. Simon Chin and MPSJ for their diligence in getting the damaged road and potholes patched up.

More pictures to come later....

Wednesday, April 15, 2009

Pokok Jatuh di Kawasan PBP & BPP telah Dibersihkan



Pada 27 Mac 2009, ahli JKP Zon 16 telah memaklumkan kepada MPSJ bahawa musim hujan lebat baru-baru ini telah menyebabkan banyak pokok patah dan jatuh di kawasan Wawasan 1, 2 & Bandar Puteri 7.

Tinjauan dari ahli JKP Zon 16 mendapati pokok-pokok yang patah dan jatuh adalah di :
1) Kawasan lapang di Jalan Puteri 7/1, bersebelahan Columbia Asia Hospital.
2) Jalan luar Sri Begonia Apartment dan Sri Camelia Apartment
3) Jalan Persiaran Puteri 2, bersebelahan Acacia Puteri 7
4) Jalan Wawasan 2/3 atau berdekatan Akasia Apartment, Kenanga Apartment
5) Kawasan permainan Acacia, Puteri 7
6) Belakang rumah Jalan Puteri 7/6 (Acacia Puteri 7)

Dengan kerjasama pegawai MPSJ dan JKP 16 yang memantau keaadan di tempat masalah, akhirnya kontraktor telah mencantas dan mengutip semua pokok yang tumbang di dalam beberapa hari.

JKP 16 mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan bantuan MPSJ dalam menyelesaikan masalah ini.

Friday, April 10, 2009

Diperbaiki : Lampu Jalan Rosak Di Jalan Wawasan 2/3






Pada 11 Mac 2009, ahli JKP Zon 16 telah melaporkan kepada MPSJ mengenai sebaris lampu jalan di Jalan Wawasan 2/3 (iaitu jalan diantara perumahan Wawasan 1 dengan Wawasan 2 sehingga Kenanga Apartment) yang tidak menyala pada waktu malam sejak seminggu sebelumnya.

Sehubungan dengan itu, ahli JKP Zon 16 menggesa MPSJ menghantar kontraktor membuat pemeriksaan dan membaikinya dengan segera supaya tidak membahayakan penduduk yang tinggal di sini kerana kegelapan itu mungkin mengakibatkan kemalangan dan kes-kes jenayah.

Pada 13 Mac 2009, kontraktor lampu jalan telah memperbaiki lampu jalan tersebut dan didapati bernyala semula pada waktu malam itu.

Terima kasih kepada ahli JKP berkenaan dan pihak MPSJ.

Saturday, April 4, 2009

Wawasan 2 : Jalan Diturap









Pada hari Sabtu Mac 21 2009, MPSJ telah menghantar kontraktor ke kawasan di sekitar Wawasan 2, Pusat Bandar Puchong untuk menurap jalan-jalan yang rosak dan berlubang.

JKP 16 mengucap terima kasih kepada MPSJ terutamanya Encik Arifuddin dari Jabatan Kejuruteraan yang banyak menolong dalam menyelesaikan masalah jalan rosak dan berlubang di Pusat Bandar Puchong.

Friday, April 3, 2009

Flat Kos Rendah Jalan Wawasan 5/3 : Pemotongan Dahan Pokok

Pada 2 Februari 2009, MPSJ telah menghantar kontraktor untuk mencatas dahan-dahan pokok "pukul lima" (atau dikenali sebagai "rain tree" dalam Bahasa Inggeris) di flat kos rendah Jalan Wawasan 5/3.
Ini adalah kerana atas permintaan ahli JKP Zon 16 dan penghuni di sana yang risau dahan-dahan pokok ini bertumbuh terlalu dekat dengan bangunan flat. Selain daripada itu, apabila waktu hujan ribut dan angin kencang, dahan-dahan pokok mungkin jatuh terkena bangunan flat dan penghuni-penghuni.

Dengan ini JKP Zon 16 ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan MPSJ.
Gambar berikutnya menunjukkan dahan pokok dicatas.

Keadaan sebelum:






Keadaan selepas:








Thursday, April 2, 2009

Kerajaan Selangor Sedia Lawan Kenaikan Tarif Air



Tolong sebarkan kepada penduduk. Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat Selangor Untuk Kepentingan Generasi Akan Datang.