Showing posts with label Pejabat operasi JKP Zon 16. Show all posts
Showing posts with label Pejabat operasi JKP Zon 16. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

Minor Renovation Work at JKP 16 office



Minor renovation work was done at the JKP 16 office. Tiang bendera, papan kenyataan and pembetulan tangga were carried out using JKP Inden fund.

Tuesday, July 6, 2010

Beri tempoh tujuh hari JKP 16 keluar barang

Berita ini dipetik dari Sinar Harian bertarikh Isnin 5 Julai 2010.
http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story7903158.asp


Beri tempoh tujuh hari JKP keluar barang

PUCHONG – Persatuan Penduduk Pusat Bandar Puchong, memberi tempoh tujuh hari kepada Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 16 untuk mengeluarkan barang-barang mereka daripada kabin terletak berhampiran Taman Tasik Wawasan yang sebelum ini dilancar sebagai bit polis, dekat sini.
Pengerusinya, B Awtar Singh berkata, kabin itu bukan milik pihak Majlis kerana ia dibina oleh pemaju untuk kegunaan penduduk.
“Jadi kami mewakili penduduk akan mengambil alih semula kabin berkenaan untuk dijadikan tempat persinggahan polis, selain kegunaan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan pejabat persatuan penduduk.
“Di situ ada dua kabin, mengapa mereka ingin ambil semua untuk dijadikan pusat operasi JKP?” katanya.
Beliau berkata, turut kecewa dengan dakwaan pihak berkenaan bahawa sebelum ini, ia dijadikan tempat berehat dan pejabat oleh pengawal keselamatan di kawasan berdekatan.
“Bagi hal ini saya ingin bertanya siapa yang memberi kunci kepada pengawal keselamatan warga asing untuk berehat di situ?
“Disebabkan itu, saya dan penduduk di sini akan mengambil alih semula kabin itu dan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut,” katanya.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan JKP MPSJ Zon 16 dekat sini mendakwa, mereka mengambil alih struktur bangunan terletak berdekatan Taman Tasik Wawasan yang dahulunya pernah dilancarkan sebagai bit polis disebabkan sebelum ini tidak dimanfaatkan.
Ahli Majlis MPSJ yang juga Pengerusi JKP Zon itu, Tan Jo Hann berkata, pihaknya mengambil alih dengan kebenaran Majlis apabila mendapati, ia dijadikan tempat berehat dan pejabat oleh pengawal keselamatan di kawasan berdekatan.
Katanya, bit polis itu dibina atas tanah MPSJ oleh pemaju dan pihaknya menafikan kemudahan itu dirampas secara tidak betul.
“Kita ada kebenaran MPSJ menggunakan bit polis itu dan mereka yang mendakwa itu memang tiada hak. Ada segelintir melakukan pencerobohan pula selepas JKP ambil alih.
“Ia diambil alih kerana kita mendapati ia tidak digunakan sebagai bit polis,” katanya.

Saturday, February 20, 2010

Bit Polis Di Taman Wawasan Sekarang Diambil Alih Dan Dikendalikan Oleh MPSJ



Bangunan bit polis di Taman Wawasan yang tidak beroperasi telah diambil balik dan dikendalikan oleh MPSJ. Mulai sekarang, bangunan ini digunakan sebagai pejabat operasi JKP Zon 16. Waktu operasi ialah Isnin-Jumaat pukul 2 petang - 6 petang.