Tuesday, July 14, 2009

Jalan Wawasan 3/1 : Longkang Runtuh Siap Dibaiki

Longkang di Jalan Wawasan 3/1 yang terletak di depan simpang 'T' Persiaran Wawasan-Persiaran Indera telah runtuh beberap minggu yang lalu. Air bertakung di longkah yang runtuh itu dan kami amat khuatir ia menjadi tempat pembiakan nyamuk!

Ahli JKP 16 yang kebetulan berada di tempat masalah telah melaporkan kejadian itu kepada pihak MPSJ. Akhirnya, kontraktor MPSJ telah membaiki longkang yang runtuh ini.

Kami bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada ahli JKP 16 dan MPSJ kerana menyelesaikan masalah ini segera.

Gambar berikutnya di bawah.

Sebelum :








Selepas diperbaiki:



Tuesday, July 7, 2009

Flat Kos Rendah : Longkang Telah Dibaiki

Ahli JKP 16 dengan MPSJ telah bekerja kuat untuk memastikan longkang yang rosak dan runtuh di flat kos rendah Jalan Wawasan 5/3 diperbaiki dengan segera.
Ahli JKP 16 memberitahu kami pada 26 Jun 2009 bahawa longkang pun telah diperbaiki pulih. Syabas kepada ahli JKP 16 dan MPSJ yang banyak menolong.

Gambar berikut diambil oleh ahli JKP 16.


Sebelum:











Selepas:












Thursday, July 2, 2009

Bonggol Jalan Siap Dibina Di Jalan Wawasan 5/3





Ahli JKP 16 melaporkan bahawa bonggol jalan telah siap dibina di Jalan Wawasan 5/3 berdekatan dengan sebuah Sekolah Agama.

Ini adalah kerana terdapat ramai kanak-kanak yang melintasi jalan yang sibuk ini berulang-alik ke Sekolah Agama. Dengan binanya bonggol jalan ini, adalah diharap pemandu kenderaan akan lebih berwaspada dan memandu dengan perlahan.

Terima kasih kepada MPSJ dan ahli JKP 16 yang mengikuti kes ini.