Showing posts with label Lampu rosak. Show all posts
Showing posts with label Lampu rosak. Show all posts

Sunday, August 1, 2010

Resolved: Lampu Jalan di Sekitar Kawasan Komersial Puteri 2 Telah Diperbaiki

Didapati kawasan komersial Bandar Puteri 2 gelap pada waktu malam oleh kerana lampu jalan tidak bernyala. Ahli JKP 16 telah memaklumkan kepada MPSJ nombor aduan 0907/07/2010 bertarikh: 16-07-2010 bahawa banyak lampu jalan di sekitar Puteri 2 (kawasan komersial) tidak berfungsi.

Selepas menerima aduan ini, kerja penyelenggaraan telah pun diselesaikan oleh MPSJ pada 26 Julai 2010. Pemantauan pada hari ini menunjukkan lampu jalan berfungsi semula.

Sebelum:


Selepas:

Dengan ini, JKP 16 mengucapkan terima kasih kepada MPSJ kerana telah mengambil tindakan untuk meperbaiki lampu jalan dengan sewajarnya.

Friday, April 10, 2009

Diperbaiki : Lampu Jalan Rosak Di Jalan Wawasan 2/3






Pada 11 Mac 2009, ahli JKP Zon 16 telah melaporkan kepada MPSJ mengenai sebaris lampu jalan di Jalan Wawasan 2/3 (iaitu jalan diantara perumahan Wawasan 1 dengan Wawasan 2 sehingga Kenanga Apartment) yang tidak menyala pada waktu malam sejak seminggu sebelumnya.

Sehubungan dengan itu, ahli JKP Zon 16 menggesa MPSJ menghantar kontraktor membuat pemeriksaan dan membaikinya dengan segera supaya tidak membahayakan penduduk yang tinggal di sini kerana kegelapan itu mungkin mengakibatkan kemalangan dan kes-kes jenayah.

Pada 13 Mac 2009, kontraktor lampu jalan telah memperbaiki lampu jalan tersebut dan didapati bernyala semula pada waktu malam itu.

Terima kasih kepada ahli JKP berkenaan dan pihak MPSJ.