Monday, October 20, 2008

Sambutan meriah acara pembukaan kabin Zon 16

Penduduk-penduduk Zon 16 (Pusat Bandar Puchong dan Bandar Puteri Puchong) mengunjungi acara pembukaan kabin Zon 16 pada hari Ahad 19 Oktober. Di samping itu, ahli-ahli JKP zon 16 mengambil peluang menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali bersama penduduk dengan menganjurkan jamuan makanan.


Penduduk-penduduk mendaftarkan diri sebelum acara pembukaan bermula.




Ahli Majlis Zon 16 Encik Tan Jo Hann membuka tirai dengan memperkenalkan diri dan memberi ucapan pembukaan.




Ahli Majlis Encik Tan Jo Hann menjelaskan betapa pentingnya komuniti mengembleng tenaga dan menyahut cabaran dalam memastikan Zon 16 sentiasa dalam keadaan selesa, aman dan teratur. Ini adalah sejajar dengan slogan Zon 16 iaitu "komuniti kita, tanggungjawab kita".


Ahli JKP Zon 16 bersama Ahli Majlis Encik Tan Jo Hann diperkenalkan Encik Simon Chin (selaku MC acara ini) kepada penduduk yang hadir.




Wakil polis Bandar Puteri Puchong Sarjan Matsood sudi hadir menyampaikan maklumat statistik jenayah dan taklimat keselamatan serta cara pencegahan jenayah.




Penduduk mengambil berat dan prihatin terhadap isu-isu jenayah.




Encik Tan Jo Hann memperkenalkan ahli Majlis Encik Gary Chong (dua dari kiri) dan Encik Chang Kim Loong (dua dari kanan) yang sudi hadir untuk memeriahkan acara pembukaan Zon 16.




Kanak-kanak menyalakan lampu pelita sambil berjalan semasa upacara kemuncak pelancaran website/blog Zon 16.




Website/Blog JKP Zon 16 dilancarkan.




Sesi dialog dengan penduduk.




Sesi dialog dengan penduduk.



Sesi dialog Encik Tan Jo Hann dengan wartawan.



Jamuan makanan dihadangkan sempena merayakan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.