Saturday, March 14, 2009

Program Turun Padang Dato' YDP MPSJ Bersama JKP MPSJ

Pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya telah mengadakan Program Turun Padang Dato’ Yang Dipertua MPSJ bersama Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ Kawasan Dun Sri Serdang seperti butiran berikut :

Tarikh : 11hb Mac 2009 (Rabu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Puchong Indah, MPSJ

Di samping itu, wakil dari SYABAS, Jabatan Perparitan dan Saliran, TNB, Alam Flora, polis dan bomba turut hadir.

Pengerusi JKP selaku Ahli Majlis serta ahli-ahli JKP bagi setiap zon adalah dijemput untuk turut hadir bersama bagi sesi perbincangan hal-hal yang berkaitan JKP bagi Zon 12 hingga Zon 20. Sehubungan dengan itu, ahli-ahli JKP Zon 16 telah menghadiri program tersebut. Antara isu-isu yang berkaitan JKP Zon 16 telah dibangkitkan seperti sistem penyuraian trafik Setia Walk, gejala sosial pelawat asing yang berkumpul dan berminum arak di sekitar Wawasan 2 dan Bandar Puteri 7, kenderaan-kenderaan yang berlalu dengan laju di sepanjang Persiaran Wawasan, keadaan jalan pintasan Persiaran Wawasan-Jalan Serindit 1 yang sempit dan berlencongan tajam dan permohonan untuk pegawai polis ditempatkan di Bit Polis Taman Wawasan.

Ahli JKP di kawansa DUN Sri Serdang mendengar taklimat Dato' YDP MPSJ


Ahli JKP menunggu giliran untuk mengemukakan isu-isu.


Ahli JKP mendengar isu-isu yang dibangkitkan


Ahli Majlis Tan Jo Hann berduduk besama ahli-ahli JKPnya memupuk semangat bermuafakatan.