Thursday, May 7, 2009

Gantry Fallen Again At Persiaran Wawasan Link Road









Adalah dilaporkan oleh ahli JKP Zon 16 bahawa ada satu kes kejadian perlanggaran sebuah trak terhadap penghadang kenderaan berat di Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong (Zon JKP 16) pada hari Sabtu 2 Mei 2009 ini. Butir-butir adalah berikut:

1) Masa kejadian : lebih kurang 1:30 tengahari. Ahli-ahli JKP mula berhubung melalui telefon berkenaan kejadian ini pada lebih kurang 1:39pm. Langsung ahli JKP bergegar ke tempat kejadian dan mendapati butiran berikat :

2) Hari kejadian : 2 Mei 2009

3) BDM Trak : 4500 kg
BTM Trak : 2100 kg

4) Jenis kenderaan : Mitsubishi Fuso

5) Sketsa kejadian:
Trak datang dari arah Persiaran Wawasan menuju ke jalan pintasan Serindit-Persiaran Wawasan. Semasa melalui penghadang kenderaan berat, trak tersekat di 'leher' kenderaan. Di samping itu, penghadang besi kenderaan diheret oleh 'leher' trak mengakibatkan penhadang besi senget teruk hampir jatuh ke tanah. Kedua-dua konkrit foundation penhadang besi dicabut ke atas akibat perlanggaran itu.

6) Unit respons
Polis tiba di tempat kejadian menolong mengawal traffik. Ahli Majlis Encik Tan Jo Hann yang berada di Bandar Puteri dimaklumkan melalui telefon dan segera pergi ke tempat kejadian. Unit Respons MPSJ juga dipanggil dan bergegar ke tempat kejadian.


















7) Kerja pembersihan
Penghadang besi telah dikeluarkan oleh sebuah traktor dan diletakkan di bahu jalan.

Gambar-gambar yang diambil di tempat kejadian adalah di atas. Sedia maklum.