Saturday, October 31, 2009

Majlis Pelancaran Balai Bomba dan Penyelamat Puchong

Balai Bomba dan Penyelamat Puchong yang baru di Pusat Bandar Puchong telah dilancarkan oleh YS PKPjB Soiman Bin Jahid, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor pada hari Jumaat 30hb Oktober 2009 pukul 9.30 pagi. Ahli JKP Zon 16 telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran ini.
Dengan adanya balai bomba dan penyelamat di kawasan ini, JKP Zon 16 dan penduduk-penduduk kawasan Puchong mengharapkan ia dapat memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan profesional bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar semasa berlakunya kebakaran, kemalangan dan bencana dengan menggunakan sumber secara berkesan dan teknologi terkini.
Infomasi yang penting untuk maklumat anda.Hotline: 999 SMS: 03-8888 0964 Talian Bebas: 1800 888 994 Laman Web Rasmi: http://www.bomba.gov.my/



Balai Bomba dan Penyelamat Puchong yang baru di Pusat Bandar Puchong.

Persembahan anjing mencari mangsa semasa berlakunya runtuhan bangunan atau tanah runtuh.


Maskot Bomba bersama kanak-kanak dengan pakaian Bomba dan Penyelamat.


Sarapan pagi disediakan untuk para jemputan selepas majlis pelancaran dan persembahan.


Pengawai Bomba dan Penyelamat menunjuk ajar Ahli JKP 16 cara menguna alat pemadam api.

Ahli JKP 16 dijemput memadamkan api dengan alat pemadam api.

Ahli-ahli JKP Zon 16 yang menghadiri majlis pelancaran.