Wednesday, November 18, 2009

Resolved : 2 Potholes at Jalan Bandar 2 Patched

2 deep potholes at Jalan Bandar 2 (near Restoran Seafood Cheong Wah) were patched this morning 17 Nov 2009. This was due to a JKP 16 member who alerted MPSJ last Thursday 12 Nov 2009. Thank you to MPSJ for their prompt action!


Before :


After:


Tuesday, November 17, 2009

Ada duit beli furniture baru, tak ada duit buang yang lama

Janganlah kita menjadi orang yang ada duit beli perabot baru tetapi tak ada duit untuk buang perabot lama.

Dengan membayar RM 50 sahaja satu kali angkat, perabot lama anda akan diangkat oleh Alam Flora untuk dibuang dengan cara yang sah.

Sampah Pukal
Ini dipetik dari laman web MPSJ

Sampah pukal adalah barang-barang rumah, komersil dan industri yang tidak digunakan lagi atau yang telah rosak seperti perabot, barangan elektrik dan berbagai peralatan rumah yang lain.

Perkhidmatan mengangkat sampah pukal/perabot ini disediakan oleh Alam Flora Sdn. Bhd. dengan bayaran RM 50.00 untuk sekali angkat. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, sila berhubung terus dengan AFSB ditalian 03-77831379 / 77831384 / 77831403.


Illegal Rubbish Dumping @ Puteri 7 (China Press)


Sunday, November 15, 2009

Bantahan Penduduk Terhadap Rayuan Pemaju Citrasama Untuk Membangun Projek Di Atas Cerun Bukit Hutan Simpanan Air Hitam




Penduduk membantah terhadap rayuan pemaju Citrasama untuk dapat kebenaran membangun projek di atas cerun bukit Hutan Simpanan Air Hitam.
Plan pembangunan projek ini adalah terletak di bahagian Pusat Bandar Puchong di belakang apartment Sri Penaga, d'Palma, Saraka, d'Kiara, Desa Tanjung dan Sri Cempaka dan di bahagian Bandar Puchong Jaya di belakang Banyan Homes dan Sri Kesidang apartment

Pihak pemaju Citrasama telah mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Kerajaan Negeri Selangor. Kes rayuan ini masih dalam proses di Lembaga Rayuan Kerajaan Negeri Selangor dan kami masih menunggu sesi rayaun yang telah di tunda sejak bulan Ogos 2009.

Friday, November 13, 2009

Traffic Light Update II: Persiaran Wawasan/Persiaran Indera junction




Dengan sukacitanya kami ingin maklumkan bahawa pada pagi 12 Nov 2009, lampu trafik di persimpangan Persiaran Wawasan/Persiaran Indera telah mula beroperasi.

Kita berharap bahawa jumlah kes "near-miss" dan kemalangan dapat dikurangkan di simpang tersebut.
Lampu trafik ini adalah sumbangan daripada pemaju SP Setia (terima kasih!). Akan tetapi operasi lampu trafik ini tertunda oleh kerana perihal masalah teknikal di antara pemaju dan TNB, yang sepatutnya membekalkan saluran elektrik.
Sehubungan dengan itu, JKP 16 telah membuat kerja "follow-up" yang persisten dengan jabatan kejureteraan MPSJ, dan akhirnya lampu isyarat ini mula beroperasi.

Thursday, November 5, 2009

Perpustakaan Hypermedia di Bandar Puteri Puchong






Akan dibuka untuk orang awam pada hujung tahun 2009 atau awal 2010. Ini adalah kerana ada beberapa perubahan dalam rancangan pelan untuk mengadakan kaunter bayaran MPSj di situ untuk memberi khidmatan yang cekap untul penduduk. Juga lantai atas akan ada pejabat cawangan penguatkuasa untuk melayani aduan penduduk dengan lebih cepat dan effisien.

Perpustakan ini terletak di depan Puteri Town Park dan berdekatan Michael Badminton Hall. Harap maklum.

Sunday, November 1, 2009

Geran baik pulih for zone 16

Untuk peruntukan geran baik pulih bagi 2nd half 2009, permohonan telah di hantar ke mpsj, untuk baik pulih beberapa kawasan yang telah di kenali saperti di bawah.

1, Pasang 2 tiang lampu di futsal.

2, Tambahan 2 unit lampu berhadapan permainan kanak2

3. Tambahan 1 unit lampu menhala ke PKS, dan juga permainan kanak di belakang PKS.

4. Rendahkan tiang penhadang ke padang(halangan motor msk ke padang)

5. 3 lokasi penhadang besi untuk halangan motor masok padang.

6. Pepair tembok yang pecah di beberapa kawasan padang,dan cat hitam.dan putih

7. Cat kabin dan ratakan semen di luar, repair tiang pagar dan pagar yang rosak, cat grill,

buat owning halangan hujan masok di pintu utama, tukar pintu utama yang hampir reput

kena hujan dan door lock.

8. Pasang 3 tiang lampu dipadang Wwsan 3/11.

9. Repair menara pagola, bumbung yang hampir runtuh serta ganti kayu yang sudah reput

akan di ganti kayu yang tahan lama serta bahan yang anti termite.



Note. Kabin yang repair hampir siap, contractor juga akan pasang tikar getah untuk lapik simen

dan selepas ini mereka akan siap kan pasang pagar di wwsan 3.