Friday, November 13, 2009

Traffic Light Update II: Persiaran Wawasan/Persiaran Indera junction




Dengan sukacitanya kami ingin maklumkan bahawa pada pagi 12 Nov 2009, lampu trafik di persimpangan Persiaran Wawasan/Persiaran Indera telah mula beroperasi.

Kita berharap bahawa jumlah kes "near-miss" dan kemalangan dapat dikurangkan di simpang tersebut.
Lampu trafik ini adalah sumbangan daripada pemaju SP Setia (terima kasih!). Akan tetapi operasi lampu trafik ini tertunda oleh kerana perihal masalah teknikal di antara pemaju dan TNB, yang sepatutnya membekalkan saluran elektrik.
Sehubungan dengan itu, JKP 16 telah membuat kerja "follow-up" yang persisten dengan jabatan kejureteraan MPSJ, dan akhirnya lampu isyarat ini mula beroperasi.