Saturday, July 10, 2010

Sidang Media Berkenaan Pembagunan di Atas Lot 6468, Permatang Kumbang, Mukim Petaling

Satu sidang media telah diadakan di Bayan Hills Homes hari ini 10 Julai 2010 jam 9.30 pagi. Di antara yang hadir ialah YB Teresa Kok, YB Gobind Singh, jabatan undang-undang MPSJ, ahli Majlis Zon 10 (Dr. Loi) dan Zon 16 (En Tan) bersama JKP, wartawan-wartawan dan wakil-wakil penduduk dari Bayan Hills Homes, Sri Kesidang apartment, Sri Penaga apartment, Wawasan 4, Wawasan 3 dan lain-lain lagi.
Tujuan sidang media ini ialah untuk menjelaskan latar belakang dan kronologi projek bersama status semasa. Antara mesej-mesej penting yang disampaikan ialah :
1) Sehingga kini, tiada sebarang pembangunan berlaku di kawasan demikian.
2) Kerajaan Negeri Selangor telah menolak permohonan kelulusan perancangan pada 8 Julai 2008.
3) Walaubagaimanapun, pemaju bersama dengan PNSB telah memohon kepada Lembaga Rayuan Negeri Selangor (LRNS) pada 3 Disember 2008 untuk membincangkan semula keputusan menolak kelulusan merancang.
4) Tarikh sebutan baru di LRNS ialah pada 28 Julai 2010. Sekiranya perlu, pihak-pihak boleh membuat permohonan lanjut kepada LRNS.
Juga dijelaskan ialah mengikut undang-undang di bawah Akta 172 dan Akta (pindaan) A933, Aktan Perancangan Bandar dan Desa, pihak perayu diberikan peluang mengemukakan rayuan kepada LRNS.
"Lembaga Rayuan bertujuan untuk memberikan peluang kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan dan seterusnya, menimbang kes-kes rayuan tersebut, di mana :

Lembaga Rayuan sebagai satu badan berkecuali (independent body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyelesaikan pertikaian di antara perayu dengan pihak berkuasa tempatan khususnya yang terbit dari sesuatu keputusan perancangan yang mana perayu itu sama ada sebagai Pembantah, Pemohon, Pemilik atau Pengguna merasa terkilan.

Lembaga Rayuan sebagai suatu tribunal bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana dinyatakan di bawah Akta 172 dan Akta (pindaan) A933, Aktan Perancangan Bandar dan Desa."
Kesimpulan:
1) Tanah yang dimaksudkan adalah diluar kawasan Hutan Simpanan Ayer Hitam dan berkedudukan di antara Hutan Simpan dan juga pembagunan sediaada.
2) Keadaan asal tapak disekitarnya adalah dalam kelas II sebelum pemaju-pemaju bersebelahan memotong bukit dan merendahkan paras masing-masing dan cerun yang dibina adalah termasuk dalam kawasan pembagunan mereka.
3) Kes ini masih di peringkat LRNS tarikh sebutan 28 Julai 2010.