Wednesday, September 16, 2009

Perbincangan Akan Dilakukan Bersama Penduduk Berikutan Projek LRT

Rabu, 16 September 2009 Ruangan: Berita

http://www.selangorkini.com.my/my/berita/6250

SHAH ALAM, 16 September- Kerajaan Negeri akan mengadakan satu perbincangan terbuka bersama penduduk sebelum melaksanakan sebarang projek pembangunan yang melibatkan pengambilalihan tanah penduduk.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,berkata, Perbincangan itu bagi memastikan projek yang akan dilaksanakan tidak menghadapi sebarang masalah dan menepati jangka waktu yang ditetapkan.

“Kita perlu merangka terlebih dahulu dan bila sampai perlaksanaan baru kita beritahu, walaubagaimanapun kita sudah pamerkan tempat tersebut, mereka yang ingin protes, boleh lakukan bila kita adakan perjumpaan terbuka ditempat-tempat tertentu dan tarikh tertentu, ini akan diumumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di Pejabat Menteri Besar, Shah Alam, petang tadi.

Ini termasuk projek-projek rangsangan ekonomi negeri Selangor yang diumumkan oleh menteri besar awal tahun ini.

Tan Sri Khalid berkata, Cadangan jajaran baharu itu telah dipamerkan untuk membolehkan orang ramai memberikan maklum balas dengan melawat ke lokasi yang telah ditetapkan atau ke laman web yang khusus diwujudkan bagi tujuan itu.

“Pada dasarnya kerajaan negeri menyokong pembinaan lrt kerana ia secara keseluruhannya memberikan keselesahan dan juga perkhidmatan untuk masyarakat dan menolong meringankan kesesakan jalan raya yang kita alami sekarang, oleh sebab itu kerajaan negeri menganggap usaha meningkatkan aliran pengankutan selain jalan raya kita galakan, “
“Walaubagaimanapun, seperti biasa, oleh kerana pembuatan ini akan juga terpaksa melalui kawasan petempatan yang sudah dibina sudah tentu ada kesan mereka yang punya tanah, oleh sebab itu kita akan adakan perjumpaan dan penyelesaian untuk perkara tersebut,” katanya.

Beliau mengulas bebrapa projek yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri termasuk pengembangan transit aliran ringan (LRT) dari kelana jaya ke perlabuhan klang. KEMALIA OTHMAN TVSELANGOR