Pada pagi hari ini, Encik Simon Chin selaku Timbalan Pengerusi JKP Zon 16 dan Presiden Persatuan Penduduk Pusat Bandar Puchong turun padang bersama pegawai MPSJ Encik Ariffuddin dalam menangani masalah pembuangan sampah haram, penghadang besi kenderaan berat yang senget akibat dilanggar lori, jalan rosak dan berlubang di sepanjang Persiaran Wawasan, Jalan Bandar 2 dan Jalan Wawasan 3/3.
Encik Simon Chin (kanan) dan pegawai MPSJ Encik Ariffuddin melawat tapak pembuangan sampah haram di jalan pintasan Persiaran Wawasan/Jalan Serindit 1.
MPSJ telah meminta pihak pemaju membuat kerja pembaikian di Persiaran Wawasan. Jalan rosak dan berlubang di Persiaran Wawasan (di depan projek Setia Walk) telah ditampal oleh pihak pemaju semalam.
Encik Simon Chin membawa pegawai MPSJ melawat Jalan Wawasan 3/3 yang memerlukan pembaikian.
JKP Zon 16 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Simon Chin dan pegawai MPSJ kerana melawati tempat-tempat bermasalah di atas. Diharap masalah dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.