Sunday, December 21, 2008

Turun padang ke tapak pangsapuri di Pusat Bandar Puchong

Ahli Majlis Tan Jo Hann dan beberapa ahli-ahli JKP Zon 16 turun padang pada 13hb Disember 2008 ke beberapa tapak pangsapuri yang berdampingan dengan lerengan bukit Hutan Simpanan Air Hitam (hillslope) di kawasan Pusat Bandar Puchong.

Lawatan ke beberapa tempat bangunan pangsapuri ini dilaksanakan atas inisiatif Ahli majlis dan ahli JKP Zon 16 untuk menyiasat keadaan keselamatan 4 lokasi yang berikut:

Sri Penaga (gambar di berikutnya):



D’Palma (gambar di berikutnya):



Saraka (gambar di berikutnya):




Desa Tanjung (gambar di berikutnya):




Ringkasan Hasil Lawatan:
Lawatan tersebut telah mendapati hasil berikut:
· Bahawa kesemua empat pangsapuri yang di kunjungi adalah berhampiran dengan cerun (hillslope) yang kelihatan lebih daripada 30 darjah.

· Bahawa di semua 4 lokasi itu tidak pernah ada kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan kecederaan manusia atau kerosakan bangunan atau harta benda.

· Lerengan bukit di semua lokasi itu kelihatan tidak dijaga sehingga rumput dan tumbuhan telah meyelaputi kawasan itu termasuk longkang peparitan yang dibina sebagai saluran air dari bukit itu.

· Bahawa semua pihak JMB dan MC di empat lokasi itu ingin memohon pihak MPSJ untuk membuat selidikan yang teliti dan saintifik untuk memastikan keselamatan tempat kediaman mereka daripada kemungkinan tanah runtuh di belakang halaman pangsapuri mereka.